FPP Sertai Postgraduate Open Day & Oath-Taking Ceremony 2025 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » FPP Sertai Postgraduate Open Day & Oath-Taking Ceremony 2025

FPP Sertai Postgraduate Open Day & Oath-Taking Ceremony 2025

Mungkin imej dais dan teks yang berkata 'OPEN PA a Universiti Putra Malaysia Main Hall, Su Abdul Aziz Universiti Pu and Oath-taking Ceremony for New Postgraduate Students First Semester 2025 2026 2025/2026 Pre-fegistrationLink Se (s)'

Serdang, 15 Oktober 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah turut serta dalam Postgraduate Open Day & Oath-Taking Ceremony bagi Pelajar Baharu Pascasiswazah Sesi 2025/2026 yang dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) baru-baru ini.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga universiti dan bakal pelajar mengenai peluang pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di UPM, di samping memperkenalkan pelbagai tawaran penyelidikan, biasiswa serta bantuan kewangan yang tersedia.
FPP telah membuka reruai pameran khas bagi memperkenalkan program pengajian pascasiswazah di bawah fakulti kepada para pengunjung. Antara yang turut hadir ialah pegawai akademik dan penyelaras program yang berkongsi maklumat lanjut mengenai struktur pengajian, bidang penyelidikan serta prospek kerjaya dalam bidang pendidikan.
Menurut Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad, “Penyertaan FPP dalam pameran ini memberi peluang kepada bakal pelajar untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai peluang pengajian dan penyelidikan yang ditawarkan di Fakulti Pengajian Pendidikan. Ia juga menjadi platform untuk kami berinteraksi secara langsung dengan bakal pelajar dan memahami minat serta keperluan mereka dalam melanjutkan pengajian pascasiswazah.”
Selain pameran dan sesi konsultasi bersama wakil fakulti, program turut menampilkan taklimat akademik, sesi soal jawab, serta pengecualian yuran pemprosesan bagi permohonan baharu yang dibuat sepanjang acara berlangsung.
Penyertaan FPP dalam program ini mencerminkan komitmen fakulti untuk memperkukuh promosi pengajian pascasiswazah dan memperluas jaringan bersama komuniti akademik serta bakal pelajar, selaras dengan aspirasi UPM sebagai universiti penyelidikan bertaraf antarabangsa dan FPP sebagai fakulti terkehadapan dalam bidang pendidikan selari dengan misi FPP, Leading in Educational Studies.
 
Mungkin imej satu orang atau lebih, dais dan teks  Mungkin imej satu orang atau lebih dan teks
 
 

Date of Input: 23/10/2025 | Updated: 23/10/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
Z, (03:38:53pm-03:43:53pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]