
4 September 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah menyertai Karnival My Future anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pusat Tingkatan 6 SMK Taman Selayang yang berlangsung di Dewan Al-Fateh. Sebanyak 18 buah booth daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) telah mengambil bahagian dalam karnival tersebut yang bertujuan memberikan peluang promosi, pendedahan dan outreach kepada pelajar-pelajar STPM. Melalui penglibatan ini, seramai 604 orang murid Tingkatan Enam SMK Taman Selayang mendapat maklumat awal mengenai program pengajian yang ditawarkan di Fakulti Pengajian Pendidikan khususnya, dan UPM secara keseluruhannya.
Penyelaras booth FPP, Puan Nadiah Kamarudin, Penolong Pendaftar (Akademik, Pelajar dan Alumni), FPP berkata, “Penyertaan FPP dalam Karnival My Future ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada kami mendekati pelajar Tingkatan Enam dengan lebih dekat, sekaligus memberi maklumat yang jelas mengenai bidang pengajian di FPP serta laluan kerjaya yang boleh diceburi. Harapan kami, pendedahan awal ini dapat membantu pelajar membuat pilihan tepat dalam melakar masa depan mereka di menara gading.”
Date of Input: 08/09/2025 |
Updated: 08/09/2025 | intanzuliana
MEDIA SHARING