FPP Semarak Semangat Patriotik Melalui Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2025 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » FPP Semarak Semangat Patriotik Melalui Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2025

FPP Semarak Semangat Patriotik Melalui Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2025

527806027_1319442713523650_4336015448311574984_n.jpg (2048×1152)

Serdang, 6 Ogos 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang bertempat di perkarangan fakulti sebagai sambutan bulan kemerdekaan peringkat fakulti.
Program dihadiri oleh YBhg. PM Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan FPP dengan simbolik memasang dan menaikkan Jalur Gemilang, menandakan komitmen warga fakulti dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air.
 
528067722_1319442546857000_8717158271709382701_n.jpg (2048×1152) 528369308_1319442366857018_4272687536900150872_n.jpg (2048×1152)
 
Majlis turut dihadiri oleh barisan Jawatankuasa Pengurusan Fakulti, staf akademik serta staf pelaksana, yang bersama-sama menyaksikan detik penuh bermakna ini.
PM Dr. Wan Marzuki menekankan kepentingan menerapkan semangat kenegaraan dalam kalangan warga fakulti, sejajar dengan peranan institusi pendidikan tinggi dalam membentuk jati diri dan semangat kebangsaan. “Kita bukan sahaja mengibar bendera, tetapi kita juga mengibar semangat cinta negara dalam setiap aspek tugas dan tanggungjawab. Inilah masanya untuk kita tunjukkan bahawa FPP sentiasa mendukung aspirasi negara,” ujar beliau.
 

Date of Input: 07/08/2025 | Updated: 07/08/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (12:43:32pm-12:48:32pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]