FPP Anjur Program Berjalan Pantas Sempena Hari Berjalan Kaki Sedunia | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » FPP Anjur Program Berjalan Pantas Sempena Hari Berjalan Kaki Sedunia

FPP Anjur Program Berjalan Pantas Sempena Hari Berjalan Kaki Sedunia

Mungkin imej teks yang berkata 'इনम-क UPM ಭನಯಗ್ A PROGRAM BERJALAN SEMPENA HARI BERJALAN KAKI SEDUNIA PANTAS 1 Oktober 2025 I Rabu 4:00 pm Sekitar Fakulti Pengajian Pendidikan a: MERAH 4æ—¥ Partanian- BerilmuBerbakti inovasi Kehidupan Berilmu Berbakti 和回回D区 upm.edu.my'  Mungkin imej 4 orang

 

Serdang, 1 Oktober 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Berjalan Pantas (Santai Pun Boleh) bersempena Hari Berjalan Kaki Sedunia yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun.
Program yang berlangsung pada jam 4.00 petang ini diadakan di sekitar kawasan Fakulti Pengajian Pendidikan dan UPM dengan penglibatan para staf akademik dan pelaksana. Peserta tampil dengan tema pakaian merah, mewujudkan suasana meriah dan penuh semangat kebersamaan.
Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga fakulti melalui aktiviti fizikal yang mudah, iaitu berjalan kaki. Selain itu, program ini turut menjadi medium untuk mengeratkan ukhuwah serta membina budaya kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian.
Warga fakulti menyambut baik inisiatif ini sebagai salah satu usaha menyokong agenda kesejahteraan kampus, selain menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai rutin yang mudah diamalkan.
 
Mungkin imej 7 orang dan tudung kepala  Mungkin imej 8 orang, orang bermain bola sepak, orang bermain bola sepak, jalan dan teks

 

 

Date of Input: 10/10/2025 | Updated: 10/10/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
F, (05:25:57pm-05:30:57pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]