E-Care K9 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » E-Care K9

E-Care K9

Paloh Hinai, 6 Ogos 2019 - Program Peduli Pendidikan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) (E-Care K9) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar 2 Paloh Hinai dengan anjuran bersama Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Matematik UPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Bagi mengekalkan peranan penubuhan sekolah ini, KPM bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia sebagai rakan strategik dalam menyediakan platform kepada murid untuk menyedari kepentingan pendidikan yang akan menentukan hala tuju kehidupan mereka. Program Peduli Pendidikan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) (E-Care K9) ini dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan murid-murid terhadap pelbagai bidang pendidikan yang terdapat di Malaysia. Ia berpeluang membuka minda murid-murid terhadap peluang untuk memilih bidang pendidikan yang ingin mereka terokai dan kuasai. Ini secara tidak langsung memberi jaminan kepada masa depan mereka dan menikmati kualiti hidup yang tinggi.

Seramai 391 murid SK B2 dari kelas pra sekolah sehingga Tingkatan Tiga terlibat sebagai peserta program. Selain itu seramai 42 guru SK B2 turut menjadi peserta bagi satu daripada slot bengkel yang akan diadakan.

Link Video - https://www.youtube.com/watch?v=ixjTGAIoPcg&feature=youtu.be

Date of Input: 07/08/2019 | Updated: 07/08/2019 | asyrafamin

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
C1573650303