Serdang, 29 Mei 2024 -Buat julung kalinya program Diversity is a Beauty yang meraikan telah dilaksanakan di Fakulti Pengajian Pendidikan semalam. Program yang berobjektifkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran di dalam merencana dan menguruskan program berlandas kompetensi budaya ini dianjurkan oleh pelajar sarjana Program Pembangunan Sumber Manusia dari kursus Rekabentuk dan Pengurusan Latihan (DCE5230 ini) dengan kolaborasi strategik bersama Postgraduate Student Association (PGA) dan syarikat BellaRose.

Menurut Ketua Jabatan, Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan merangkap pensyarah kursus, PM Dr.Nor Wahiza Abdul Wahat, program seumpama ini adalah sangat penting untuk dilaksanakan di UPM selaku IPT bereputasi antarabangsa bagi meraikan rasa hormat terhadap kepelbagaian yang wujud dalam kalangan warga kampus termasuk warna kulit, agama, perspektif, kemampuan, umur dan budaya. Ia akan menjadi acara tahunan bagi jabatan dan Fakulti Pengajian Pendidikan.

Program Diversity is a Beauty ini telah melibatkan peserta daripada pelbagai lapisan umur, budaya lokal dan antarabangsa serta kemampuan di dalam aktiviti reruai makanan antarabangsa, pameran, forum hibrid dan treasure hunt.






Date of Input: 04/06/2024 | Updated: 04/06/2024 | zainz

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PostGraduate)
03-97696101 (Undergraduate)