BENGKEL SIRI 3 UNI@MADANI: KRAF KREATIF FABRIK TERPAKAI | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » BENGKEL SIRI 3 UNI@MADANI: KRAF KREATIF FABRIK TERPAKAI

BENGKEL SIRI 3 UNI@MADANI: KRAF KREATIF FABRIK TERPAKAI

  Mungkin imej 2 orang, tudung kepala dan teks yang berkata 'UPM PUTRA FAKULTI PENGAJIANPENDIDIKAN PENDIDIKAN MALAYSIA MADANI Projek Komuniti@UniMADANI: Kraf Kreatif Fabrik Terpakai "Pemberdayaan Wanita, Kelestarian Alam, Penjanaan Pendapatan" BENGKEL SIRI 3 SL0T2 2 SLOT1 MINDA KREATIF: DARI SISA KE KARYA NAK KEKAL CERGAS? KESEDARAN ERGONOMIK DALAM TUGAS HARIAN SLOT3 3 BENGKEL JAHITAN KRAF KREATIF Prof. Madya Ts. Dr. Nazlina Shaari Fakulti Rekabentuk dan Senibina 27 September 2025 (Sabtu) 8.30 pagi 1.00 petang Dr. Nurhanisah Mohd Hawari Fakulti Rekabentuk dan Senibina Makmal Teknologi Pakaian, Blok D, 8期番間 Universiti Putra Malaysia Dr. Rahimah Jamaluddin Dr. Nurul Ain Saipudin Inovasi Kehidupan Berilmu Berbakti 012- 393 9672 011-37779271 3777 9271 011- upm.edu.my'

 

“Pemberdayaan Wanita, Kelestarian Alam, Penjanaan Pendapatan”
Serdang, 27 September 2025 -Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah meneruskan kesinambungan kejayaan Projek Komuniti@Uni@MADANI dengan penganjuran Bengkel Siri 3 bertemakan Kraf Kreatif Fabrik Terpakai, yang menghimpunkan seramai 50 peserta terdiri daripada golongan ibu tunggal, OKU, dan suri rumah dari keluarga B40/asnaf. Bengkel ini telah berlangsung di Makmal Teknologi Pakaian, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.
Program dimulakan dengan sesi ceramah pertama bertajuk “Minda Kreatif, Dari Sisa ke Karya” yang disampaikan oleh PM. Dr. Nazlina Shaari dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Ceramah ini membuka minda peserta tentang bagaimana idea kreatif dapat dihasilkan melalui teknik fabric manipulation untuk menghasilkan karya kraf yang menarik, unik dan eksklusif.
Seterusnya, peserta mengikuti ceramah kedua bertajuk “Nak Kekal Cergas, Kesedaran Ergonomik dalam Tugas Harian” yang disampaikan oleh Dr. Nurhanisah Mohd Hawari dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan postur yang betul dalam menjalankan aktiviti seharian, khususnya ketika mendraf pola, memotong fabrik dan menjahit. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada tips mengekalkan tubuh badan yang sihat agar dapat bekerja dengan lebih selesa dan produktif.
Selepas itu, peserta menyertai Bengkel Jahitan Praktikal yang memberi pendedahan kepada teknik kreatif menggunakan fabrik terpakai. Peserta diajar cara menghasilkan tali daripada t-shirt lama serta teknik seperti brush effect, kolaj, aplikasi nilai tambah dan embellishment pada produk. Aktiviti ini bukan sahaja menajamkan kreativiti, malah menekankan konsep kelestarian melalui penghasilan karya baharu daripada bahan terpakai.
Bengkel Siri 3 ini berakhir pada jam 1.30 tengah hari dengan semangat baharu yang membekalkan peserta bukan sahaja kemahiran teknikal tetapi juga kesedaran tentang kelestarian dan kesejahteraan diri.
Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif komuniti di bawah Geran Uni@MADANI dengan pembiayaan Kementerian Kewangan Malaysia, yang menyasarkan wanita dari komuniti inklusif untuk diberdaya melalui aktiviti kraf lestari yang berpotensi menjana pendapatan serta menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Fakulti Pengajian Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta serta penganjur yang menjayakan Bengkel Siri 3 ini. Semoga siri bengkel yang seterusnya akan terus memberi impak positif kepada komuniti.
 
Mungkin imej 3 orang, Orang yang belajar dan hospital  Mungkin imej 12 orang, hospital dan teks

Date of Input: 10/10/2025 | Updated: 10/10/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (12:30:37pm-12:35:37pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]