Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi

Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi

May be an image of 10 people, people studying and office

SERDANG - Pada 12 hingga 13 Jun 2023, Unit Penerbitan dan Pemetikan (PACU) Fakulti Pengajian Pendidikan, di bawah sokongan dan penyeliaan Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad (A.A.P) Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Pendanaan), telah menjayakan bengkel penulisan jurnal berimpak tinggi. Program ini telah dilaksanakan dengan diketuai oleh penyelaras PACU, Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat, dan bertempat di Q-Hub, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP). Bengkel selama 2 hari ini dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Mohamed Nor Azhari Azman.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan tentang cara penulisan yang terbaik untuk penerbitan jurnal berimpak tinggi dan memberi pengenalan serta pendedahan tentang perkhidmatan dan sokongan di PACU bagi penerbitan jurnal kepada para pensyarah akademik dan pelajar pascasiswazah di FPP.
Justeru, secara keseluruhannya, bengkel ini diadakan bagi menggalakkan lebih banyak penerbitan jurnal berimpak tinggi dalam Scopus dan WOS dalam kalangan warga akademik di FPP .
Bengkel ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan, yang mana 33 orang peserta termasuk para pensyarah akademik dan pelajar pascasiswazah telah hadir dan menyuarakan komen yang positif.
Antara maklum balas yang diberikan oleh peserta adalah dapatan daripada bengkel ini dapat membantu mereka membuat penulisan yang lebih teliti, efisien dan berkelayakan untuk penerbitan jurnal berimpak tinggi. Diharapkan bengkel ini dan juga program-program lain anjuran PACU akan terus mendapat sambutan pada masa akan datang. Harapan kami juga adalah program-program ini dapat memberikan manfaat dalam membantu para pensyarah akademik dan pelajar pascasiswazah di FPP di dalam penulisan
mereka.

May be an image of 12 people, people studying, bureau, office and text

Date of Input: 26/06/2023 | Updated: 26/06/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbPAC~