ALUMNI PYHISCAL EDUCATION CHALLENGE(APEC) 2023 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » ALUMNI PYHISCAL EDUCATION CHALLENGE(APEC) 2023

ALUMNI PYHISCAL EDUCATION CHALLENGE(APEC) 2023

May be an image of 12 people and people standing

 

Serdang – Pada 4 Mac 2023 (Sabtu) yang lalu, Persatuan Pengajian Sukan(PPS) di Universiti Putra Malaysia(UPM) bersama pelajar Tahun Dua Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani(BPPJ) telah menganjurkan program Alumni Physical Education Challenge(APEC) 2023 buat kali kedua setelah anjuran pertama pada tahun 2019 yang lalu. Program yang berlangsung di Padang B Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia(UPM) tersebut merupakan perlawanan bola sepak sembilan sebelah dan disertai oleh 235 orang pascasiswazah dari Bacelor Pendidikan Jasmani(BPJ) di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Program tersebut turut dihadiri oleh Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) Fakulti Pengajian Pendidikan(FPP) iaitu Prof. Madya Dr. Abu Bakar Mohamed Razali, Ketua Jabatan serta pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan kembali ukhwah antara bekas pelajar Bacelor Pendidikan Jasmani UPM yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang ini melalui penglibatan dalam perlawanan persahabatan yang diadakan oleh pihak penganjur. Di samping itu, perlaksanaan program ini juga dapat menggalakkan amalan hidup sihat dan kekal aktif dalam kalangan pascasiswazah yang kian sibuk dengan kerjaya masing-masing setelah tamat pengajian dalam bidang yang diceburi. Tambahan pula, perlaksaan program APEC ini juga dapat membentuk satu kumpulan yang lebih kukuh terutamanya kepada barisan penganjur yang terdiri daripada pelajar PJ Vector yang memerlukan lebih banyak ilmu dan pengalaman dalam bidang ini,
Sepanjang penganjuran APEC 2023, para pelajar dapat mengukuhkan kefahaman dan kemahiran untuk mengendalikan program yang besar dengan tatacara yang betul. Selain itu, mereka juga akan mengenali lebih ramai alumni-alumni dari bidang Pendidikan Jasmani seterusnya dapat menjalin ukhwah antara pelajar dan pascasiswazah.
Akhir sekali, pihak pengajur berharap agar para peserta yang terlibat berasa seronok dan berpuas hati dengan pengelolaan program sepanjang program berlangsung. Selain itu, diharapkan juga agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi mengekalkan hubungan yang erat antara pascasiswazah dan para pelajar dari Bacelor Pendidikan Jasmani UPM.
 
May be an image of standing and outdoorsMay be an image of 10 people, people standing and outdoors

Date of Input: 30/03/2023 | Updated: 30/03/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDcWAa~