
GUA MUSANG, 1 November 2025 – Seramai 28 pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) terdiri daripada pelajar program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dengan Kepujian telah menyahut cabaran dalam MUSE ECO CHALLENGE 2025 yang berlangsung di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.
Program ini menggabungkan pelbagai aktiviti lasak seperti trail run, kayak dan road run dengan jarak keseluruhan sejauh 37 kilometer bagi kategori campuran dan remaja, serta 47 kilometer bagi kategori terbuka.
Acara ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, malah mengasah kemahiran daya tahan, kerjasama berpasukan dan semangat juang dalam menghadapi pelbagai cabaran alam semula jadi.
Ucapan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan cabaran dengan penuh semangat dan dedikasi.
Pemenang bagi Kategori Campuran (37KM):

Tempat ke-4 – (4:34’42)
- MUHAMMAD FAAIZ BIN MUHAMMAD RAFEE
- AINUR SHAFIQAH BINTI AZMI

Tempat ke-5 – (4:45’20)
- SUTHARSHEN BAHVA AL DINESH BABU
- CLEZENDRA CHANDA ANAK CEVESTER EMPARI

Tempat ke-7 – (5:06’36)
- AMIRUL AIMAN BIN AHMAD MURZANI
- NUR ANNISAA FITRY BINTI MOHD MUSZMI
Pemenang bagi Kategori Terbuka (47KM):

Tempat ke-6 – (8:14’07)
- MUHAMMAD FAKHRULRAZI BIN JAILANI
- MUGHNI BIN MOHAMAD KAMAL
Menurut Dr. Shamsulariffin Samsudin, pensyarah pengiring yang turut serta mengiringi kumpulan pelajar FPP, program ini bukan sahaja menguji kemampuan fizikal tetapi turut membentuk keperibadian dan semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar. “Penglibatan dalam program seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar, selain membina semangat berpasukan dan daya juang tinggi. Saya amat berbangga dengan komitmen serta ketahanan yang ditunjukkan oleh semua peserta,” ujar beliau.
Sekalung penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada Dr. Shamsulariffin Samsudin, pihak Jabatan Pengajian Sukan, serta Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM atas sokongan, bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.
Date of Input: 10/11/2025 |
Updated: 10/11/2025 | intanzuliana
MEDIA SHARING