SIRI SYARAHAN INAUGURAL (PROF. DR. SAMSILAH ROSLAN) | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » SIRI SYARAHAN INAUGURAL (PROF. DR. SAMSILAH ROSLAN)

SIRI SYARAHAN INAUGURAL (PROF. DR. SAMSILAH ROSLAN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya  merujuk perkara di atas.

 Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM akan menganjurkan Majlis Syarahan Inaugural yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan bertajuk  Psychosocial Profile: Understanding the Psychology of Learners seperti berikut:

 

Tarikh    : 4 Mac 2022 (Jumaat)

Masa     : 9:30 pagi

Tempat : Dewan Auditorium, Fakulti Pengajian Pendidikan

Platform : Facebook Live Streaming (di http://www.facebook.com/UniPutraMalaysia dan https://www.facebook.com/educ.upm

 

 YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan dijemput hadir ke Majlis Syarahan  Inaugural tersebut. Mohon isikan maklumbalas kehadiran di link https://forms.gle/E6VbQdV4NohRXWDU6. Atas dasar pematuhan SOP, kehadiran bersemuka dihadkan kepada 100 pendaftaran awal sahaja.

Kesudian dan sokongan YBhg. Dato/Datin/Prof./Tuan/Puan menyertai dan menonton syarahan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan,



PERUBAHAN PLATFORM SYARAHAN INAUGURAL OLEH YBHG. PROF. DR. SAMSILAH ROSLAN, FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN SECARA DALAM TALIAN

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM akan menganjurkan Majlis Syarahan Inaugural yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan bertajuk Psychosocial Profile: Understanding the Psychology of Learners seperti berikut:

Tarikh     : 4 Mac 2022 (Jumaat)
Masa       : 9:30 pagi
Platform : Facebook Live Streaming (di http://www.facebook.com/UniPutraMalaysia dan https://www.facebook.com/educ.upm )

Syarahan inaugural ini akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dan tiada sesi bersemuka seperti yang dihebahkan sebelum ini, disebabkan risiko berkaitan penularan Covid-19 yang semakin meningkat.

Dengan ini pihak fakulti memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul.

Bersama ini disertakan pautan e-book Psychosocial Profile: Understanding the Psychology of Learners https://penerbit.upm.edu.my/info/Inaugural_Prof_Dr_Samsilah_Roslan/ untuk rujukan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan selanjutnya.

Kesudian dan sokongan YBhg. Dato/Datin/Prof./Tuan/Puan  menonton syarahan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Tarikh Input: 23/02/2022 | Kemaskini: 03/03/2022 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXETLAf~