Kerja Berpasukan FPP Perkukuh Semangat Kekitaan Warga Fakulti | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Kerja Berpasukan FPP Perkukuh Semangat Kekitaan Warga Fakulti

Kerja Berpasukan FPP Perkukuh Semangat Kekitaan Warga Fakulti

 

   
 
SERDANG, 8 Julai 2026 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Kerja Berpasukan yang menghimpunkan seluruh warga fakulti dalam suasana penuh ceria, sihat dan harmoni. Program dimulakan dengan sesi aerobik yang dikendalikan oleh pelajar Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian, diikuti aktiviti 3K Langkah FPP serta pelbagai acara sukan rakyat yang berjaya menceriakan suasana dan mengeratkan hubungan antara staf akademik dan pelaksana.
Penganjuran program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform memperkukuh semangat kerja berpasukan, komunikasi serta kerjasama dalam kalangan warga FPP. Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta dapat mengenepikan perbezaan peranan dan bersama-sama membina budaya kerja yang lebih positif, inklusif dan saling menyokong. Menurut Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, "Kekuatan sesebuah organisasi bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, tetapi juga melalui kesepakatan, kebersamaan dan semangat saling mempercayai dalam kalangan warganya. Program seperti ini menjadi medium penting untuk memperkukuh budaya kerja cemerlang demi merealisasikan aspirasi FPP dan True North UPM".
 
 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 17/07/2026 | Kemaskini: 17/07/2026 | intanzuliana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
W, (06:20:41pm-06:25:41pm, 22 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]