Program Mobiliti Ke Universitas Negeri Semarang (UNNES) | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Program Mobiliti ke Universitas Negeri Semarang (UNNES)

Program Mobiliti ke Universitas Negeri Semarang (UNNES)

 

Semarang, Indonesia- 12, 13 dan 15 Feb 2024: Program Mobiliti ke Universitas Negeri Semarang (UNNES).

Delegasi dari Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM yang diketuai oleh PM Dr. Wan Marzuki bersama Ts. Dr. Mohd Hazwan, Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal dan Puan Anis Zakaria, Penyelaras Program Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian, Puan Noorizajune Abu Bakar, Ketua Penolong Pendaftar bersama 18 orang pelajar Program Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian.
Delegasi telah disambut oleh Bapak Prof. Dr. Wirawan Sumbodo, Dekan Fakultas Teknik UNNES dan dosen dari fakultas terutama Jabatan Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK).

Antara pengisian program adalah:
◊ Sesi perbincangan hubungan dua hala antara Pengurusan FPP dan BPSRT, UPM dengan pihak
pengurusan dan pensyarah PKK, Fakultas Teknik,
UNNES
◊ Perasmian Mobiliti Ilmu BPSRT 2024
◊ Penyerahan Letter of Intent (LoI) jalinan kerjasama antara dua buat universiti
◊ Lawatan ke sekitar kampus hijau UNNES dan Rumah Inovasi UNNES
◊ Lawatan dan perbincangan dengan pegawai akademik Jabatan Pendidikan Kesejaheraan
Keluarga (PKK)
◊ Forum Internasional Pendidikan Sains Rumah Tangga dan Pendidikan Kesejahteraan Keluarga.
◊ Menghadiri kuliah dan kelas amali (Jurusan PKK)
◊ Sesi menanam pokok bersama Dekan kedua buah fakulti.
 
Program Mobiliti Ilmu BPSRT 2024 ini mempunyai objektif membina kerjasama akademik antara Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM dan Fakultas Teknik, Universitas Negeri Semarang selain mendedahkan mahasiswa dan staf terlibat tentang perbandingan kurikulum dan pembelajaran dala bidang Pendidikan Sains Rumah Tangga di peringkat antarabangsa. Selain itu, program ini merupakan jaringan  antarabangsa Universiti Putra Malaysiadengan universiti luar negara. Melalui program mobiliti ini, diharap dapat membentuk mahasiswa berkepimpinan tinggi yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi sejajar dengan keperluan masa.
Terima kasih kepada pihak UNNES atas layanan dan hospitaliti. Terharu dengan layanan terbaik mereka.
 

 

 

Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 13/03/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFCXAV~