SERDANG, 13 Januari 2023 - Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan) (TDPIP) telah menjalankan Program Khidmat Komuniti ke Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang. Program ini melibatkan penyertaan daripada 7 orang kakitangan, 40 pelajar dan 79 penghuni Pusat Jagaan Al Fikrah.
Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Jagaan tersebut adalah menyantuni penghuni dengan membersihkan bilik, memperkemas diri dan sesi ‘Heart to heart talk’ bersama penghuni di sana.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada staf dan pelajar merumuskan konsep pembangunan komuniti daripada perspektif Islam disamping mempraktikkan kemahiran dan melaksanakan peranan kepemimpinan dalam komuniti.
Ia juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai persekitaran kerja sebenar dengan menghubungkait unsur dan nilai penting dalam pembangunan komuniti.

Tarikh Input: 31/01/2023 |
Kemaskini: 31/01/2023 | mohdsyafiq
PERKONGSIAN MEDIA