Kunjungan Wakil Dari Japan Sport Council | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Kunjungan Wakil dari Japan Sport Council

Kunjungan Wakil dari Japan Sport Council

Pada 27 November 2017, Encik Teruhiro Ura dan wakil dari Japan Sport Council telah mengadakan sesi kunjungan ke Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan.

Sesi kunjungan terebut fokus kepada perbincangan berikut :

  1. Kerjasama mengadakan program/ aktiviti antara Japan Sport Council dan Jabatan Pengajian Sukan
  2. Japan Sport Council bersetuju menaja seorang pengucap utama ASEAN Conference on Physical Education & Sports (ACPES2018) yang akan diadakan pada 25 & 26 September 2018 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan UITM Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
  3. Japan Sport Council bersetuju menaja pengendali bengkel sesi ACPES 2018
  4. Japan Sport Council sedang mempertimbangkan untuk mengadakan seminar di Malaysia dengan kerjsama Jabatan Pengajian Sukan. Seminar akan melibatkan pegawai dari Jepun dan Jabatan Pengajian Sukan.
  5. Jabatan Pengajian Sukan telah meminta bantuan supaya pelajar Pendidikan Jasmani dapat mengadakan program mobiliti di Universiti di Jepun dan Japan Sport Council akan mencadangkan universiti yang sesuai untuk aktiviti tersebut

Tarikh Input: 30/11/2017 | Kemaskini: 30/11/2017 | ctnoorain

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDcXAW~