![]() |
![]() |
Malang, Indonesia, 7 Mei 2024 (Selasa) - International Symposium Education Exchange Within The Same Roots telah berlangsung di Universitas Negeri Malang (UM) dan dihadiri oleh 23 orang pelajar mobiliti outbound dari Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian beserta 27 orang pelajar S2, S3 dari Universitas Negeri Malang (UM). Pengucap utama seminar ini ialah Prof. Dr. Yusuf Hanafi dan Muhammad Aidi Noor Ihsan dari UM serta Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad dan Ahmad Nor Shahmin Ahmad Nor Kamar dari UPM. Simposium antarabangsa ini menekankan isu dan strategi kebersamaan institusi pengajian tinggi dalam agenda globalisasi. Pengucap utama akademik telah menyampaikan kepentingan dan asas jati diri mahasiswa dalam mendepani cabaran serantau dan global di samping memanfaat program pertukaran dan mobiliti pelajar. Pengucap utama wakil pelajar pula memfokus dan berkongsi tentang pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang membantu pembinaan karakter serta kematangan pelajar.
![]() |
![]() |
Seminar antarabangsa ini diakhiri dengan majlis penutup ringkas untuk program "Art for Basic Education Teachers (ABET)" dan penyampaian sijil serta hadiah kepada pengucap utama, peserta dan institusi terlibat. Kedua-dua pihak telah mendapat manfaat dari penganjuran simposium antarabangsa ini dan diharapkan kerjasama rapat ini dapat diteruskan serta ditambah baik pada masa akan datang.
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 15/05/2024 | Kemaskini: 15/05/2024 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)