Forum Usahawan Perantis Pemacu Ekonomi Dan Keterjaminan Makanan Di Asia Tenggara | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Forum Usahawan Perantis Pemacu Ekonomi dan Keterjaminan Makanan di Asia Tenggara

Forum Usahawan Perantis Pemacu Ekonomi dan Keterjaminan Makanan di Asia Tenggara

 

 

 

Riau, Indonesia, 2 Ogos 2024 (Jumaat) - Seramai 10 orang pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian tahun akhir Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama-sama 3 orang pensyarah  pengiring iaitu Dr. Normala Ismail, Dr. Riyan Hidayat, dan Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad telah mengelola satu forum antarabangsa yang bertajuk “Usahawan Perantis Pemacu Ekonomi dan Keterjaminan Makanan di Asia Tenggara” bertempat di SMKN Pertanian Terpadu Provinsi Riau, Indonesia. 

 

 

 

Forum ini dihadiri oleh tiga orang ahli panel yang mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam bidang pertanian iaitu Saudara Ilham Permana Putra – Alumni SMK Negeri Pertanian Terpadu Pekan Baru yang mengusahakan Hydrofarm Pantara, Memory Anne Paduma Nainggolan, SP - Ketua Konsentrasi Keahlian Agribisnis Tanaman Perkebunan, SMKN Pertanian Terpadu, Dr Normala Ismail - Pensyarah kanan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

 

 

 

Forum ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada generasi muda mengenai kepentingan dan peranan usahawan muda kepada sesebuah negara untuk memastikan keterjaminan makanan negara. Selain itu, ia juga bertujuan membuka mata dan minda generasi muda tentang cabaran dan peluang yang disediakan oleh pemerintah dan NGO di sama ada di Indonesia atau Malaysia dalam membantu usahawan muda terutamanya untuk menjalankan kegiatan pertanian. Dengan adanya forum ini, kedua-dua negara mampu bertukar idea dan langkah alternatif dalam menangani masalah ekonomi dan memastikan keterjaminan makanan di negara Asia Tenggara khususnya dan dunia. Peserta forum turut berpeluang berinteraksi dengan pakar-pakar industri dan pemimpin pemikiran untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang pertanian. Program ini mendapat sambutan positif dari pelbagai pihak dan diharapkan ia dapat memberikan impak positif terhadap pembangunan ekonomi dan pertanian di kawasan Asia Tenggara.

Tarikh Input: 15/08/2024 | Kemaskini: 15/08/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
W, (01:52:38am-01:57:38am, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]