Pusat Sumber | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» PERKHIDMATAN » Pusat Sumber

Pusat Sumber

PENGENALAN

 

OBJEKTIF

Pusat Sumber Fakulti Pengajian Pendidikan diwujudkan untuk menyedia sumber maklumat, kemudahan pembelajaran dan perkhidmatan maklumat yang cemerlang bagi memenuhi keperluan pelajar dan pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UPM.

VISI

• Memenuhi keperluan maklumat Universiti dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan.

• Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat.

• Memperkukuh program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

 

PERKHIDMATAN

Pusat Sumber Fakulti Pengajian Pendidikan menyediakan perkhidmatan merujuk. Semua bahan-bahan koleksi digunakan untuk rujukan di dalam Pusat Sumber sahaja. Berikut adalah penerangan terperinci tentang koleksi-koleksi tersebut.

  • Koleksi tesis

Koleksi tesis yang dihasilkan oleh pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan program Master Sains dan Doktor Falsafah.

  • Koleksi buku rujukan

Buku rujukan berkaitan dengan bidang pengajian yang ditawarkan di Fakulti Pengajian Pendidikan dan buku yang diterbit oleh pegawai akademik Fakulti.

  • Koleksi Laporan Penyelidikan

Laporan Penyelidikan yang dijalankan oleh pegawai akademik Fakulti.

  • Koleksi Jurnal

Jurnal berwasit tempatan dan luar negara yang diterbitkan dalam bentuk bercetak.

  • Koleksi Dokumen Dasar dan Polisi

Buku berkaitan dasar kerajaan dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia dan dasar yang diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia.


Pusat Sumber menyediakan bilik perbincangan yang boleh ditempah untuk pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan membuat kerja secara berkumpulan.Terdapat 3 bilik perbincangan, bilangan maksima pengguna adalah 12 orang dan sekurang-kurangnya 3 orang. Setiap bilik dilengkapi papan tulis dan LCD Projector. Permohonan boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan Pusat Sumber Fakulti Pengajian Pendidikan atau secara atas talian.


Ruang bacaan disediakan dengan kapasiti tempat duduk berjumlah 48 unit


Komputer untuk memudahkan pelajar merujuk bahan atas talian.

Kemaskini:: 27/02/2023 [adlizan]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdGA3~