Dasar Pengurusan Kualiti | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat » Dasar Pengurusan Kualiti

Dasar Pengurusan Kualiti

UPM beriltizam mengadakan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001: 2015 yang berkesan melalui menerusi dasar kualiti iaitu:

“Pekerja Universiti Putra Malaysia komited dalam mencapai kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk mencapai matlamat pelan strategik univesiti. Pekerja Universiti Putra Malaysia akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab dalam mencapai objektif kualiti yang ditetapkan, serta memastikan objektif tersebut dikaji dari semasa ke semasa supaya selaras dengan visi, misi dan matlamat UPM”.

Bagi melaksanakan dasar maka proses-proses melibatkan skop SPK di UPM telah didokumenkan dalam prosedur, garis panduan atau arahan kerja. Semua dokumen yang telah diwujudkan, dikawal dan diselenggara secara sistematik. Dokumen SPK boleh diakses menerusi Sistem Pengurusan ISO UPM (e-ISO) bagi tujuan dibaca atau dicetak untuk rujukan.

Keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan UPM dilihat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Kualiti sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa ISO (JKISO), pelaksanaan proses semakan pengurusan melalui Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP) dan audit dalaman.  Mesyuarat JKISO dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun, MKSP dan Audit Dalaman UPM pula dilaksanakan sekali dalam tempoh setahun.

Proses semakan pengurusan di UPM memberi tumpuan kepada aktiviti penambahbaikan berterusan yang dilapor dan dibincangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan setiap tahun. Penambahbaikan berterusan melihat kepada aktiviti peluang penambahbaikan yang akan dan sedang dilaksanakan di UPM.

Impak pelaksanaan melalui inisiatif Sistem Pengurusan Kualiti dapat dilihat melalui laporan yang dibincang dan dilaporkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan UPM. Pencapaian standard/kualiti berhubung pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan di Universiti dapat dijamin dan menyokong universiti ke arah menduduki tangga ke-200 terbaik universiti-universiti dunia.

 

Kemaskini:: 03/04/2018 [asyrafamin]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
B1566668663