
KUALA LUMPUR, 3 Julai 2024 – YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM telah merasmikan The 6th International Conference on Educational Research And Practice 2024 (ICERP 2024) bertempat di Concorde Ballroom, Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada 4 Julai 2024 baru-baru ini.
Konferens selama dua (2) hari telah dijalankan secara hibrid dengan dihadiri oleh 129 penyertaan dari sebelas (11) negara termasuk United States of America, China, Indosesia, Uzbekistan, Australia, Kazakhstan dan Philipines.


YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata dalam ucapan perasmiannya, “konferen ini membuka peluang pertukaran idea, inovasi penyelidikan, memberikan pemahaman terkini dan menggalakkan kolaborasi dalam kalangan pakar, penyelidik, pembuat dasar, pendidik, pelajar dan mereka yang terlibat dalam bidang Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia. UPM menyasarkan untuk menyediakan platform kepada semua yang terlibat supaya dapat membina jaringan serta meningkatkan profesionalism masing-masing melalui konferens ini.”


Tema ICERP 2024 yang telah dianjurkan kali keeman ini ialah SDGs in Action: Creating Impact Through Education and Practice, yang mencerminkan misi Malaysia dan UPM dalam bidang pendidikan dan sebagai penggerak dalam mewujudkan impak positif dan mampan dalam komuniti dan seterusnya menyokong Matlamat Pembangunan Mampan.
Ini turut disokong oleh Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, dalam ucapannya “Pendidikan berada di barisan hadapan dalam usaha untuk mencapai SDG. Dengan memperkasa bidang pendidikan, kita boleh memupuk generasi baharu pembuat perubahan yang bersedia untuk menangani isu-isu mendesak di masa hadapan.”
Ucaptama konferens telah disampaikan oleh Prof. Dr Maria Jose Lera Rodzrigues dari University of Seville Spain, Prof. Dr. Brain Findsen, Adult Learning Consultant New Zealand, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Dzulkifli Abdul Razak, Rektor International Islamic University Malaysia (UIA) dan Prof. Dr. Charles Russo dari University of Ohio at Dayton USA.


Dr Aira Abdul Rahim selaku Pengrusi Jawatankuasa Pengajur ICERP 2024 berkata, “Tema yang dipilih untuk tahun ini, "SDGs in Action: Creating Impact Through Education and Practice", sangat bergema dengan aspirasi kemanusiaan, terutamanya memfokuskan kepada transformatif dan amalan pendidikan untuk mencipta impak yang boleh besar ke setiap lapisan masyarakat.”
Perasmian ICERP 2024 turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBrs. En. Muhazam Mansor, Pendaftar, YBrs. En. Mahbob Yusof, Ketua Pustakawan UPM dan ahli Pengurusan Fakulti.
Konferen ini turun mendapat bantuan kewangan dari Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen, UPM (WAZAN) berupa penajaan pendaftaran sepuluh (10) orang pelajar sebagai peserta konferens.
Tarikh Input: 18/07/2024 | Kemaskini: 18/07/2024 | mohdsyafiq

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)