PROGRAM PEDULI PENDIDIKAN GAYA HIDUP HIJAU 2024 (GREEN CARE 2024) FASA 3 | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PROGRAM PEDULI PENDIDIKAN GAYA HIDUP HIJAU 2024 (GREEN CARE 2024) FASA 3

PROGRAM PEDULI PENDIDIKAN GAYA HIDUP HIJAU 2024 (GREEN CARE 2024) FASA 3

Mungkin imej 6 orang

 

Melur, 18 September 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (FPP UPM) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) telah melaksanakan Program Peduli Pendidikan Gaya Hidup Hijau 2024 (Green Care 2024) Fasa 3 bersama komuniti Kampung Angkat Madani NRES Kampung Aril dan Kg. Tegayong, Melor Kelantan. Program tersebut telah dijalankan di persekitaran kawasan Masjid Ar-Rahman Mukim Tegayong melibatkan 70 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, belia, wanita dan warga emas.
Program Green Care 2024 Fasa 3 adalah lanjutan perkongsian idea dan kemahiran kepada komuniti tentang kepentingan menjalani gaya hidup hijau dan pemeliharan alam sekitar. Menurut pengarah program Dr Nurzatulshima Kamarudin, program ini menjadi wadah motivasi dan informasi kepada peserta dalam mengurangi pencemaran alam. Dengan tema Melestarikan Alam Melalui Gaya Hidup Hijau, pelbagai pengisian program telah disediakan dalam mendidik komuniti berkaitan penjagaan alam sekitar dan penjanaan pendapatan daripada bahan kitar semula.
Delegasi FPP UPM terdiri dari sembilan pegawai iaitu Dr. Arnida Abdullah, Dr. Marzni Mohamed Mokhtar, Cik Siti Rahayu Abdul Ghafar, Cik Ashana Saffie, Pn. Rosinar Johari, Pn. Nurul Norzakiah Mohd Nasir, Pn. Rafidah Abdul Rasid dan Pn. Zeiti Zuhaini Zakaria telah menjalankan enam aktiviti termasuk penghasilan penyangkut pasu dari tshirt terpakai, berkongsi kemahiran merekabentuk logo dan jenama produk serta membuat pemasaran melalui media sosial. Aktiviti kepada kanak-kanak turut diadakan iaitu mewarna poster berkaitan sayangi alam dan penanaman anak pokok sayuran dalam menekankan kepentingan memelihara masa depan. Menurut
Tn. Azman Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ar-Rahman Mukim Tegayong, program ini dapat membuka minda peserta kepentingan menjaga masa depan dengan tindakan kecil bermula dari rumah. Beliau turut berharap program ini dapat diteruskan bagi membudayakan gaya hidup hijau dalam kalangan komuniti.
Majlis penutupan program Green Care 2024 Fasa 3 diserikan lagi dengan kehadiran Dekan FPP UPM, YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar FPP UPM, Encik Wan Muhamad Ridhwan Bin Wan Abdul Rahman, Ketua Komuniti Madani Melor serta Tn. Nik Muhd Nur Azri, Setiausaha JKKK Kampung Aril.
 
Mungkin imej 6 orang dan teks  Mungkin imej 9 orang, dais dan teks

Tarikh Input: 10/10/2025 | Kemaskini: 10/10/2025 | intanzuliana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
W, (09:33:03pm-09:38:03pm, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]