PROGRAM CHEF CILIK 1.0 | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PROGRAM CHEF CILIK 1.0

PROGRAM CHEF CILIK 1.0

 
 
 
 
 
Serdang, 29 Mei 2024 (Rabu) - Program Chef Cilik 1.0 telah diadakan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Makmal Teknologi Makanan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Program ini merupakan kolaborasi antara Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM dengan Fakulti Pengajian Pendidikan. Seramai 20 peserta yang terdiri daripada anak-anak berusia 9 hingga 15 tahun telah menyertai program ini.
 
 
 
   
 
 
Objektif program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas rumah tangga kepada peserta. Program sehari ini dikendalikan oleh Dr. Rahimah Jamaluddin dibantu oleh Pn. Aziela Zainun dan 5 orang fasilatator dari kalangan staf UCTC, UPM. Peserta diajar cara menyiang ikan, memotong ayam, menyediakan juadah ayam crispy, ikan berlado dan sup sayur. Pada sebelah petang peserta mempelajari teknik dekorasi kek cawan.
 
 
 
 
Hasil masakan peserta dinilai oleh dua orang juri yang terdiri daripada Timbalan Pengarah (Pembangunan Komuniti) PM. Dr. Jasronita Jasri dan Dr. Farah Adibah Che Ishak pensyarah kanan, Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, UPM. Majlis penyampian sijil dan pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Pengembangan Pertanian), PM Dr. Norsida Man dan diiringi oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan), FPP Dr. Mohd Faiq Abd Aziz dan Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Ts. Dr. Mohd. Hazwan Mohd Puad.
 
 
Program ini diharapkan dapat membuka minda anak-anak tentang kepentingan mempelajari kemahiran asas rumah tangga di samping membuka minda mereka untuk melihat bidang kemahiran ini sebagai satu kerjaya yang berprestij.

Tarikh Input: 04/06/2024 | Kemaskini: 04/06/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
F, (05:32:12pm-05:37:12pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]