PROGRAM BENVENUTO KPSP | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PROGRAM BENVENUTO KPSP

PROGRAM BENVENUTO KPSP

 

 

Serdang, 24 November 2024 – Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP) telah mengadakan program “BENVENUTO KPSP’’ yang merupakan acara tahunan bagi kelab ini. Program berkonsepkan hari keluarga ini telah diadakan di Bukit Ekspo, UPM bermula pada jam 7:30pagi hingga 1:30 petang. Seramai 115 orang ahli KPSP yang terdiri daripada kohort Xanthrons (Tahun 4), Victrix (Tahun 3), Panthera (Tahun 2) dan Strelitzia (Tahun 1). Semua peserta telah menyertai pelbagai aktiviti mengujakan sepanjang program ini dan setiap kumpulan dibentuk daripada gabungan dari kesemua kohort. Penutupan program telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd. Hazwan Mohd. Puad, ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal (JPST). Turut hadir, penasihat KPSP, Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, sebagai penasihat KPSP dan juga staf unit pertanian FPP.

 

 

Selaras dengan objektif program iaitu memupuk semangat kerjasama dan tautan ukhwah antara ahli, acara seperti Bola Corong, Belonmu Belonku Jua, Bola Beracun, Pocong Laju dan Belon Azimat telah dijalankan. Kesemua acara ini memerlukan daya tahan, kreativiti, kemahiran komunikasi dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli kumpulan. Selain tautan ukhwah, program ini juga sebagai simbolik meraikan kedatangan pelajar baharu Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian (BPSPDK) Sesi 2024/2025.

 

  https://www.facebook.com/share/p/14kPkvZkVa/

 

       

 

  

 

 

 

Tarikh Input: 26/11/2024 | Kemaskini: 26/11/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
W, (07:00:01pm-07:05:01pm, 27 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]