Majlis Apresiasi Atlet Sukan Sea (FPP) | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Majlis Apresiasi Atlet Sukan Sea (FPP)

Majlis Apresiasi Atlet Sukan Sea (FPP)

Majlis Apresiasi Atlet Sukan Sea (FPP)

UPM FPP , Oktober 02 Seramai 29 orang atlet dari kalangan pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan telah terpilih mewakili negara dalam pelbagai acara dalam temasya Sukan SEA 2017 yang telah diadakan dari 19hb hingga 30hb Ogos 2017. Seterusnya dua orang pensyarah dari Jabatan Pengajian Sukan telah terlibat secara langsung dengan acara Sukan SEA sebagai Timbalan Pengurus Pasukan Bola Jaring Malaysia (Dr. Kok Lian Yee) dan Pengurus Pasukan Bola Keranjang Sukan Para ASEAN (Dr. Chee Chen Soon) yang telah diadakan selepas berlangsungnya Sukan SEA.

Dari jumlah ini seramai 24 atlet telah berjaya memenangi pingat semasa sukan tersebut  Pasukan bola jaring dan bola keranjang juga telah memenangi pingat semasa kejohanan tersebut.

 

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Menghargai kecemerlangan dalam bidang sukan yang telah dipamerkan oleh atlet dan pensyarah yang terlibat dalam Sukan SEA yang lalu.

 

  1. Menjadikan komitmen dan dedikasi yang telah ditunjukkan supaya menjadi contoh dan ikutan kepada pelajar Bacelor Pendidikan Jasmani yang lain.

 

  1. Menjadi batu loncatan kepada prestasi yang lebih cemerlang, pada masa akan datang sekaligus mengharumkan nama Fakulti dan Universiti dalam kejohanan antarabangsa.

Tarikh Input: 10/10/2017 | Kemaskini: 10/10/2017 | faisfadly

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFTAAW~