Kajang, 15 Januari 2026 (Khamis) – Seramai 40 orang pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian tahun 1 dari Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) telah menjalankan program "Dari Varsiti ke Komuniti: Khidmat Siswatani" bersama komuniti Kampung Sungai Balak melalui aktiviti berasaskan pertanian dan keterjaminan makanan. Program ini membolehkan pelajar menimba pengalaman dalam melakukan aktiviti bersama komuniti, memupuk nilai-nilai murni dan sahsiah diri dalam kalangan pelajar serta aplikasi teknologi dalam bidang pertanian alternatif. Program komuniti ini diketuai oleh Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, penasihat KPSP. Para pegawai pertanian dari FPP turut hadir, iaitu En. Mohammad Sallehhuden Samah, Cik Nurul Azika Abdul Jalil, En. Muhammad Taqiuddin Shith Mohd Shith Putera, Cik Siti Rahayu Abdul Ghafar dan Cik Ashana Saffie. Program ini telah dirasmikan secara bersama oleh Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal dan Yang Berhormat Tuan Ong Chun Wei, Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong.
Program Khidmat Komuniti ini diharap dapat memberi ilmu baharu dan manfaat kepada pelajar yang terlibat melalui pengalaman serta dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar, selain mendedahkan mereka kepada dunia pekerjaan sebenar melalui kesedaran dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan. Aktiviti dan kerjasama bersama komuniti Kampung Sungai Balak, Kajang ini akan diteruskan dalam projek lain pada masa akan datang.
Tarikh Input: 06/02/2026 |
Kemaskini: 06/02/2026 | anisnabilah
PERKONGSIAN MEDIA