Serdang, 25 September 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah dipilih sebagai salah satu Pusat Tanggungjawab (PTJ) sampel bagi Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 bagi tahun 2025. Audit di FPP ini telah berlangsung pada 23 dan 24 September 2025 oleh Badan Pensijilan SIRIM. Audit selama dua (2) hari ini telah dijalankan oleh Auditor En. Mohd Nasim Zakaria, yang meneliti kepatuhan FPP terhadap standard kualiti pengurusan berasaskan dokumen serta rekod kualiti yang berkaitan.
Pengurusan fakulti merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua staf FPP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan dokumen, rekod serta maklumat sokongan sepanjang proses audit berlangsung. Komitmen dan kerjasama erat yang ditunjukkan telah memastikan audit berjalan dengan lancar dan teratur. FPP akan terus komited dalam mengekalkan kecemerlangan tadbir urus kualiti bagi menyokong misi dan visi Universiti Putra Malaysia ke arah kecemerlangan akademik serta pengurusan bertaraf antarabangsa.
Tarikh Input: 25/09/2025 |
Kemaskini: 25/09/2025 | intanzuliana
PERKONGSIAN MEDIA