![]() |
![]() |
Kampung Banggol Katong, Terengganu, 9 - 11 Januari 2026 - Seramai 40 orang pelajar Kelab Pendidikan Sains Pertanian, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dan Skuad PUTRA telah menganjurkan program khidmat komuniti bertemakan "AgroEdu: Citra Desa Sejahtera". Program ini diterajui oleh saudara Pau De Li selaku pengarah program dan disertai oleh penasihat kelab, Ts. Dr. Enio Kang Sufian Kang. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan melibatkan interaksi terus bersama penduduk setempat dan komuniti. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah slot pemindahan ilmu “Membuat Kokedama”, di mana para peserta berkongsi teknik seni penanaman kreatif bersama warga kampung. Selain itu, aspek kesihatan turut ditekankan melalui slot “Talk Jom Sihat” dengan kerjasama pihak Yakult Malaysia. Suasana kemasyarakatan semakin terasa menerusi aktiviti gotong-royong perdana, makan tengah hari bersama penduduk, serta aktiviti riadah “Badan Sihat Otak Cergas” di padang kampung. Kehadiran mahasiswa di sini bukan sekadar berkongsi ilmu pertanian, malah turut menyertai aktiviti kerohanian bersama komuniti di masjid kampung.
![]() |
![]() |
Majlis perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad. Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk Kampung Banggol Katong atas layanan mesra dan kerjasama yang diberikan. Inisiatif AgroEdu ini diharap dapat memperkasa kemahiran insaniah mahasiswa di samping menyumbang kepada keterjaminan makanan dan kelestarian inovasi pertanian di peringkat akar umbi yang menjadi agenda penting di bawah program Skuad PUTRA di Universiti Putra Malaysia.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 20/01/2026 | Kemaskini: 20/01/2026 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)