'Panas badan' 10 minit dahulu!
Baru-baru ini dunia sukan digemparkan dengan insiden atlet remaja dari China meninggal dunia akibat serangan jantung dalam satu kejohanan badminton antarabangsa.
Insiden ini, walaupun bukan yang pertama berlaku dalam dunia sukan, ia membawa persoalan kepada adakah aktif bersukan memberikan risiko kesihatan kepada mereka yang melakukannya?
Umumnya, bersukan mempunyai pelbagai kebaikan kesihatan sama ada kesihatan fizikal atau mental. Bersukan boleh mengurangkan risiko penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan tahap stres seseorang individu.
Namun, risiko kesihatan bagi mereka yang aktif bersukan juga wujud seperti serangan jantung, serangan asma yang disebabkan oleh senaman dan kecederaan sukan.