Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)
Syarat kemasukan :
|
Bil. |
(i) Program Pengajian (ii) Kod (iii) Tempoh Pengajian
|
Kelayakan Minimum STPM |
Kelayakan Minimum Matrikulasi/Asasi |
Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf |
|
TERBUKA KEPADA CALON ALIRAN SAINS DAN SASTERA
|
||||
|
|
ALIRAN SAINS DAN SASTERA Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) PT09 8 Semester |
Memenuhi Syarat Am Universiti Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 Mendapat sekurang-kurangnya Gred D/7D pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: • Matematik; dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM untuk satu (1) daripada mata pelajaran berikut: • Sains Atau Mendapat sekurang-kurangnya Gred D/7D pada peringkat SPM satu (1) daripada mata pelajaran berikut: • Fizik dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET); dan Lulus ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
|
Memenuhi Syarat Am Universiti Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred D/7D pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: • Matematik; dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C untuk satu (1) daripada mata pelajaran berikut: • Sains Atau Mendapat sekurang-kurangnya Gred D/7D pada peringkat SPM satu (1) daripada mata pelajaran berikut: • Fizik dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET); dan Lulus ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan. |
Memenuhi Syarat Am Universiti Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM. dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik. dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam salah satu (1) mata pelajaran Sains (tidak termasuk Sains Kesihatan). Atau Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam salah satu (1) mata pelajaran Sains tulen; dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET); dan Lulus ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan. *Keutamaan diberi kepada mata pelajaran Sains Pertanian. |
Maklumat Ringkas Program:
Program Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) adalah program pendidikan keguruan yang bermatlamatkan penghasilan guru siswazah terlatih untuk mengajar mata pelajaran Sains Pertanian sebagai mata pelajaran utama dan satu (1) mata pelajaran lain sebagai mata pelajaran kedua. Pelajar diberi persediaan secukupnya berasaskan standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi meliputi aspek pengetahuan dan kemahiran umum, teknikal pertanian dan pedagogi. Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) adalah program pengajian selama empat (4) tahun dengan 135 jam kredit.
Peluang Kerjaya:
Tumpuan utama peluang kerjaya bagi lepasan Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) adalah di sekolah-sekolah menengah di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia. Prospek kerjaya juga wujud dalam bentuk jawatan pentadbiran dan pengurusan pada peringkat jabatan pendidikan dan kementerian. Selain daripada sektor pendidikan sekolah, lepasan Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) juga mendapat peluang kerjaya dalam sektor pentadbiran dan diplomatik, bank, stesen penyiaran, lembaga kemajuan tanah dan institusi pengajian tinggi.
Kemaskini:: 19/11/2015 [shammizah]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)