Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)
Syarat kemasukan :
|
|
(ii) Kod (iii) Tempoh Pengajian |
|
|
|
|
|
||||
|
|
ALIRAN SAINS DAN SASTERA Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) PT03 8 Semester |
Memenuhi Syarat Am Universiti Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred D/7D pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred D/7D pada peringkat SPM dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
Atau Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut: • Sains dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) dan Lulus ujian MEdSI, ujian fizikal dan temu duga yang ditetapkan.
|
Memenuhi Syarat Am Universiti Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred D/7D pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred D/7D pada peringkat SPM dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
Atau Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut: • Sains dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) dan Lulus ujian MEdSI, ujian fizikal dan temu duga yang ditetapkan.
|
Memenuhi Syarat Am Universiti Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50; dan Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM. dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM/SPVM/SPMV dalam mata pelajaran berikut: • Matematik; dan dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) dan Lulus ujian MEdSI, ujian fizikal dan temu duga yang ditetapkan.
|
Maklumat Ringkas Program:
Program pengajian selama empat (4) tahun dengan 135 jam kredit ini menghasilkan graduan yang mempunyai pengiktirafan mengajar dalam sistem persekolahan awam di Malaysia.
Peluang Kerjaya:
Lepasan Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) mempunyai masa hadapan kerjaya yang cerah dalam mencari peluang kerjaya. Kerjaya sebagai pensyarah dan pendidik sama ada di institusi pendidikan kerajaan atau swasta, persendirian dan di maktab perguruan adalah bidang kerjaya yang sesuai. Selain itu, kementerian kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia, jabatan kerajaan dan agensi kerajaan memerlukan khidmat lulusan BPPJ sebagai jurulatih dalam banyak aktiviti sukan dan kesihatan yang dijalankan. Antara agensi kerajaan yang memerlukan khidmat jurulatih bertauliah ini termasuklah Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Peluang kerjaya sebagai jurulatih bertauliah amatlah meluas terutamanya di pusat-pusat rekreasi yang menjalankan segala aktiviti sukan dan kesihatan seperti pusat rekreasi air di Sunway Lagoon, taman tema air dan seumpamanya.
Lepasan Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) juga boleh bertugas dipelbagai agensi pelancongan termasuk perhotelan yang menjadikan aktiviti sukan dan kesihatan sebagai daya tarikan dalam menjalankan perkhidmatan mereka. Kerjaya sebagai jurulatih dan pengajar di pusat-pusat kesihatan seperti di Pusat Kecergasan juga menjadi salah satu peluang kerjaya menarik bagi lulusan ini. Selain itu, lulusan Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) juga dapat bertugas dan bekerja di bahagian pembuatan dan penjualan peralatan sukan di pusat-pusat perniagaan utama.
Kemaskini:: 19/11/2015 [shammizah]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)