UPM Sertai ‘Commonwealth Asia Region Senior Officials For Youth Meeting’ | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » UPM sertai ‘Commonwealth Asia Region Senior Officials for Youth Meeting’

UPM sertai ‘Commonwealth Asia Region Senior Officials for Youth Meeting’

Oleh:  Prof. Madya Dr. Siti Raba’ah Hamzah

 

BRUNEI, 29 Ogos – Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Ismi Arif Ismail dan pensyarah Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan FPP, Prof. Madya Dr. Siti Raba’ah Hamzah diundang dan menyertai Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) ‘Commonwealth Asia Region Senior Officials for Youth Meeting’ di sini.

Mesyuarat serantau itu dianjurkan Sekretariat Komanwel dengan kerjasama Kerajaan Brunei Darussalam dari 27-29 Ogos lanjutan daripada perbincangan dan cadangan dasar yang dicapai pada CHOGM dan Mesyuarat Menteri-Menteri Belia Komanwel Kesembilan (9CYMM).

Mesyuarat itu mempertemukan Pegawai-pegawai Kanan yang bertanggungjawab ke atas belia, kepemimpinan belia negara, pekerja di kalangan belia dan pemegang taruh utama di rantau ini. Mesyuarat memberi fokus kepada wilayah yang baru muncul dan landskap pembangunan belia, serta mengenalpasti keutamaan dalam tindakan.

UPM terbabit dalam Program Belia Komanwel (CYP) sejak 1998 sehingga kini sebagai pakar rujuk dalam agenda pembangunan belia.

Mesyuarat Pegawai Kanan itu membolehkan wakil anggota kerajaan dan pemegang taruh utama pembangunan belia yang lain, termasuk Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), ASEAN, Bank Pembangunan Asia (ADB) dan rakan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meneliti dan memberi keutamaan isu dasar yang penting terhadap agenda pembangunan beliau rantau ini. – UPM

 

Sumber: https://www.upm.edu.my/news/upm_joins_the_commonwealth_asia_region_senior_officials_for_youth_meeting-51993?L=bm

 

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | asyrafamin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
C1574380549