TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)

TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)



SESI TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2024/2025 KATEGORI FAKULTI
Serdang, 22 April 2024 - Fakulti Pengajian Pendidikan dengan kerjasama Pejabat Pendaftar, UPM telah melaksanakan Taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) UPM pada 22 Mac 2024 di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan dan telah dihadiri oleh kira-kita 60 orang staf FPP yang terdiri dari pegawai akademik dan pegawai pelaksana.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Siti Fatimah binti Abdul Ghani, Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar, UPM bermula jam 9:00 pagi - 10:30 petang.
Di dalam taklimat tersebut, Pn. Siti Fatimah telah menerangkan yang mana UPM telah menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 tahun Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) tahun 2015 kepada semua staf tetap di UPM. Pemakaian Dasar Pemisah di UPM telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah UPM (LPU) pada 1 Januari 2016.
Definisi Dasar Pemisah adalah Dasar untuk menamatkan perkhidmatan dan membersarakan pegawai yang berprestasi rendah daripada perkhidmatan. Sementara prestasi rendah pula merujuk kepada staf yang mendapat penilaian prestasi tahunan kurang daripada 60%.


Rasional pelaksanaan Dasar ini adalah untuk mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi, meningkatkan daya saing dalam menghadapi cabaran persekitaran masa kini dan akan datang, serta mewujudkan Perkhidmatan Badan Berkanun yang berprestasi tinggi dan berintegriti.
Turuh hadir adalah Dr Mohd Faiq Abd Aziz, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan yang turut berkongsi, "Semoga taklimat ini dapat memberi pengenalan tentang Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) sebagai satu proses wajib sepanjang berkhidmat di UPM agar dapat mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi".

Tarikh Input: 23/04/2024 | Kemaskini: 23/04/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFDXAj~