
Jakarta, Indonesia, 14 Februari 2025 (Jumaat) - Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universitas Negeri Jakarta (UNJ) telah menjalin kerjasama akademik melalui program “Teaching & Learning Collaboration: Building Your Best Life: Career, and Family Preparation" bertempat di Universitas Negeri Jakarta (UNJ), Indonesia. Program akademik ini disertai oleh 15 orang pelajar program Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian dari FPP UPM dan 30 orang pelajar program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga dari Universitas Negeri Jakarta (UNJ) bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua institusi dalam bidang pendidikan. Dalam program ini, Puan Anis Zakaria, telah berkongsi ilmu mengenai etika penampilan diri, gaya berjalan, serta kepentingan menjaga imej profesional selain hala tuju kurikulum Pendidikan Sains Rumah Tangga di Malaysia dan global. Penceramah kedua, Dr. Uswatun Hasanah, M.Si dan penceramah ketiga Elmanora ,S.Si.,M.Si. turut berkongsi ilmu dalam bidang kekeluargaan dan kurikulum Pendidikan Sains Rumah Tangga kepada semua peserta UPM dan UNJ.
![]() |
![]() |
Melalui program ini, pelajar dapat memahami perbandingan kurikulum di peringkat antarabangsa, khususnya dalam Pendidikan Sains Rumah Tangga, serta memperluaskan pengetahuan mengenai kerjasama akademik antara UPM dan UNJ. Kerjasama ini bukan sahaja memperluaskan pengetahuan mahasiswa, tetapi juga memupuk sikap positif serta rasa bangga dalam mewakili UPM di peringkat antarabangsa. Dengan kejayaan program ini, diharapkan lebih banyak kolaborasi akademik dan penyelidikan dapat dilaksanakan pada masa hadapan.
| https://www.facebook.com/share/p/1A5X2JLmyN/ |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 14/02/2025 | Kemaskini: 14/02/2025 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)