![]() |
![]() |
![]() |
SERDANG, 18 Jun 2026 – Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal telah berjaya menganjurkan Sesi Taklimat Hala Tuju Bagi Program Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan jayanya bertempat di Bilik Sidang, Fakulti Pengajian Pendidikan.
Program ini diadakan bertujuan untuk menambah baik dan mengemas kini kurikulum program akademik yang ditawarkan di peringkat Bacelor. Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan kualiti dan input pendidikan yang ditawarkan di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM kekal relevan dan selari dengan perkembangan serta kerangka terkini Kurikulum Persekolahan 2027.
![]() |
![]() |
Bagi memastikan input yang diperoleh adalah tepat dan terkini, pihak jabatan telah menjemput dua orang pakar daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Puan Rahayu Jaapar dan En. Raja Firdaus Raja Sulaiman dari Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi. Kedua-dua panel jemputan telah berkongsi informasi kritikal dan hala tuju baharu berkenaan Kurikulum Persekolahan 2027 yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah tidak lama lagi.
Sesi perkongsian ini telah mewujudkan sinergi yang sangat positif antara pihak BPK, KPM dan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Program turut disusuli dengan sesi soal jawab yang interaktif, diskusi meja bulat yang mendalam serta pencambahan cadangan produktif bagi manfaat kedua-dua belah pihak demi masa depan pendidikan negara.
| https://www.facebook.com/share/p/1CBkrtXNZt/ |
Tarikh Input: 19/06/2026 | Kemaskini: 19/06/2026 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)