Skuad PUTRA - Spectrum International School: Back To Nature Carnival | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Skuad PUTRA - Spectrum International School: Back to Nature Carnival

Skuad PUTRA - Spectrum International School: Back to Nature Carnival

  

  


Putrajaya, 26 April 2025 (Sabtu) -
Skuad PUTRA (Pertanian Untuk Rakyat) dari Fakulti Pengajian Pendidikan telah mengadakan jualan dan membuka reruai sempena "Back to Nature Carnival" di Spectrum International School Putrajaya. Program ini adalah sebahagian dari program untuk memperkasa program pertanian dan keterjaminan makanan negara serta menyokong pelaksanaan blueprint Keterjaminan Makanan Universiti Putra Malaysia.

  


Objektif program Skuad PUTRA ini di Spectrum International School Putrajaya ini adalah untuk membina pengetahuan dan kemahiran praktikal pelajar dalam bidang pertanian, merancakkan penglibatan komuniti sekolah dalam keterjaminan makanan negara melalui kokurikulum Kelab PUTRA, dan melahirkan rasa tanggungjawab dan kesedaran dalam isu dan pertanian sejagat.

     


Program Skuad PUTRA kali ini disertai oleh Dr. Nor Azni Abdul Aziz, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, En. Mohammad Sallehhuden Samah, En. Mohd Safiee Sulong dan pelajar Skuad PUTRA dari Kelab Pendidikan Sains Pertanian dan Master Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

  


Jualan dan reruai Skuad PUTRA mendapat sambutan yang baik dari pengunjung serta sempat disantuni oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dalam lawatan beliau. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan pihak komuniti seperti Spectrum International School Putrajaya terus berkolaborasi dalam menjayakan agenda pendidikan dan pertanian negara.

  

Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (05:49:38pm-05:54:38pm, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]