SESI PENJURIAN READ@UNI FPP | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » SESI PENJURIAN READ@UNI FPP

SESI PENJURIAN READ@UNI FPP

Oleh: Noorizajune Abu Bakar

11 Julai 2024, Serdang- Fakulti Pengajian Pendidikan telah mengadakan Perkongsian Ilmu Sempena Penjurian Reading Corner PFF dan Awal Muharam pada 11 Julai 2024. Sesi Penjurian ini telah dihakimi oleh dua orang juri, Puan Rusniah Sayuti dan Puan Norshahilda Md Shahril.

Bagi memeriahkan sesi Penjurian Reading Corner FPP, beberapa aktiviti telah diatur dengan dimulakan dengan Selawat Ke atas Nabi yang diketuai oleh En Azizi Razali. Selain itu juga juri dan tetamu turut disajikan dengan deklamasi sajak oleh Encik Safiee Sulong dan Saudari Nurul Huda, pelajar Program Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan.

Pihak Fakulti Pengajian Pendidikan telah menjemput pelajar dari Maahad Tahfiz Daruz Azhar bagi program komuniti kepada pihak luar. Ini bertepatan dengan objektif Reading Corner FPP, memberi fokus yang lebih kepada penglibatan komuniti setempat iaitu pelajar sekolah.


Antara pengisian yang telah diadakan Perkongsian Proses Kreatif Detik Pesona bersama Penulis Novel Dr Halis Azhan, Perkongsian Bijak Bahasa bersama Prof Madya Dr Rozita Radhiah Said dan Motivasi Maal Hijrah bersama Dr Izuli Dzulkifli.


Juri dan tetamu yang hadir telah diberikan taklimat mengenai konsep, aktiviti, perancangan dan impak Reading Corner FPP oleh Puan Noorizajune Abu Bakar, Ketua Penolong Pendaftar FPP.

Turut hadir adalah Prof. Madya Dr Nor Aniza Ahmad, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Antarabangsa) dan ketua-ketua jabatan.


Syabas dan tahniah buat semua staf dan Pengurusan FPP dalam menjayakan sesi Penjurian Reading Corner FPP.


#Read@UniFPP 

Tarikh Input: 15/07/2024 | Kemaskini: 15/07/2024 | sitinurain

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
F, (05:32:08am-05:37:08am, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]