Projek Pertanian Alternatif Kepada Komuniti | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Projek Pertanian Alternatif kepada Komuniti

Projek Pertanian Alternatif kepada Komuniti

 

 

   

10 Januari 2025, Jumaat - Seramai 42 orang pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian dari kursus STE3104 dan STE3105 telah menjalankan projek komuniti di Spectrum International Islamic School Putrajaya melalui aktiviti berasaskan pertanian dan keterjaminan makanan. Program ini mengajar pelajar untuk menimba pengalaman dalam melakukan aktiviti bersama komuniti, memupuk nilai-nilai murni dan sahsiah diri dalam kalangan pelajar serta memindahkan teknologi dalam bidang pertanian alternatif. Program komuniti pertanian ini diketuai oleh Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang dan disertai oleh Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, pegawai pertanian, En. Mohammad Sallehhuden Samah, Cik Nurul Azika Abdul Jalil, dan En. Muhammad Taqiuddin Shith Mohd Shith Putera.

   

Program Khidmat Komuniti ini diharap dapat memberi ilmu baharu dan manfaat kepada pelajar yang terlibat melalui pengalaman serta dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar, selain mendedahkan mereka kepada dunia pekerjaan sebenar melalui kesedaran dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan. Aktiviti dan kerjasama bersama Spectrum International Islamic School Putrajaya ini akan diteruskan dalam projek lain pada masa akan datang.

       

 

       

 

   

 

Tarikh Input: 16/01/2025 | Kemaskini: 16/01/2025 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
W, (06:16:20am-06:21:20am, 09 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]