PROGRAM SPECIAL EFFECT (SFX) MAKEUP RUNAWAY BPSRT 2024 | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PROGRAM SPECIAL EFFECT (SFX) MAKEUP RUNAWAY BPSRT 2024

PROGRAM SPECIAL EFFECT (SFX) MAKEUP RUNAWAY BPSRT 2024

 

 

 

Program SPECIAL EFFECT (SFX) MAKEUP RUNAWAY BPSRT 2024 telah diadakan pada hari Selasa, 14 Mei 2024 bermula dai jam 8:30 pagi (lawatan makmal untuk proses solekan) dan 11:30 pagi untuk acara runaway solekan kesan khas (SFX) bertempat di Makmal Kosmetologi Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Program ini merupakan kerja kursus amali STE3271(Dandanan Rambut) dan STE3272 (Rawatan Muka dan Solekan) di bawah kendalian Pn Hajjah Anis Zakaraia kepada pelajar Kohort Starhgea Semester 4, Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian (BPSRTdK).

 

 

 

 


Objektif Program ini bertujuan untuk pelajar mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti dalam dunia persolekan di samping memberi pengetahuan, kemahiran dan pendedahan yang mendalam berkaitan jenis solekan kesan khas di sambil memupuk nilai kerja sepasukan dan etika profesional. Aktiviti program ini mendapat sambutan hangat dari para hadirin yang seramai hampir 90 orang yang terdiri dari pelajar dan staf UPM, pensyarah, guru, pelajar serta murid Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah di sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

 

 

 

 


Pelbagai tema dan teknik solekan kesan khas yang ditonjolkan dari 13 watak yang dizahirkan dalam bentuk penceritaan sketsa yang bertajuk Sumpahan Nenek Kebayan, Siren, Tragis, Penghuni Bilik 007, Sumpahan Si Tikus, Wannuri Desa Penari, Pengantin Kematian Anak, Queen Of Hearts, Mermaid X, Badut, Kisah Kekasih Durjana dan Palestin Berdarah yang berlangsung selama 2 jam. Semoga program ini dapat memberi pendedahan tentang dunia persolekan dan bidang SRT kepada pelajar dan murid di Kolej Vokasional dan sekolah serta Masyarakat luar umumnya.

Tarikh Input: 16/05/2024 | Kemaskini: 16/05/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
W, (12:52:39am-12:57:39am, 28 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]