PROGRAM READ@UNI FPP SEMPENA HARI DIABETES SEDUNIA 2025 TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PROGRAM READ@UNI FPP SEMPENA HARI DIABETES SEDUNIA 2025 TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

PROGRAM READ@UNI FPP SEMPENA HARI DIABETES SEDUNIA 2025 TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

 


SERDANG, 13 November – Program Read@Uni Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia yang diadakan sempena Hari Diabetes Sedunia 2025 mendapat sambutan menggalakkan daripada warga FPP dan UPM.
Program yang berlangsung di Foyer Blok A, FPP bermula pada pukul 9.00 pagi dengan pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM. Pasukan pemeriksa diketuai oleh Dr. Aditya Adawiah Binti Darwis.
Kemuncak program berlangsung adalah sesi perkongsian bertajuk “Langkah Bijak Cegah Diabetes” oleh Prof. Dr. Soh Kim Geok. Dalam perkongsiannya, beliau menekankan kepentingan amalan pemakanan sihat, kawalan gula dan rutin aktiviti fizikal sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko diabetes dalam kalangan masyarakat.
Manakala majlis turut diserikan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad (Timbalan Dekan, Pengajian Siswazah dan Alumni) yang turut mengambil bahagian dalam pemeriksaan kesihatan kepada peserta. Dalam ucapannya, beliau menyatakan, “Program seperti ini amat penting dalam memupuk kesedaran awal tentang penjagaan kesihatan dalam kalangan warga fakulti. Kesihatan adalah tanggungjawab bersama, dan usaha pencegahan seperti saringan awal mampu menyelamatkan nyawa. Saya amat menyokong inisiatif Read@Uni FPP dengan kerjasama PKU yang menyediakan ruang untuk kita menilai tahap kesihatan serta meningkatkan ilmu berkaitan diabetes. Semoga warga FPP terus menjadikan amalan hidup sihat sebagai budaya harian.”
Penganjurannya juga selari dengan komitmen FPP dalam menyokong agenda universiti melalui inisiatif PUTRASihat dalam memperkasa budaya hidup sihat dalam komuniti kampus.
Read@Uni FPP bukan sahaja mengangkat mesej kesedaran kesihatan, tetapi turut menyuntik nilai pembelajaran melalui bahan bacaan terpilih bertemakan penjagaan kesihatan dan diabetes. Program diakhiri dengan kunjungan berterusan warga kampus yang hadir untuk mendapatkan maklumat, pemeriksaan serta menyokong usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti universiti.

 

  

 

Tarikh Input: 19/11/2025 | Kemaskini: 19/11/2025 | intanzuliana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (12:44:46pm-12:49:46pm, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]