Program Pengucapan Puisi | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Program Pengucapan Puisi

Program Pengucapan Puisi



SERDANG, 24 Mei 2023 - Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Pengucapan Puisi pada 24 Mei 2023 bagi memberi pengalaman kepada pelajar menganjurkan pementasan puisi. Tahniah kepada pelajar Tahun Satu, Program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di atas kejayaan menganjurkan Program Pengucapan Puisi sempena Hari Guru 2023 ini.

Program itu mencungkil bakat dan keberanian para pelajar dalam program yang melibatkan tokoh sasterawan negara. Program di bawah kursus LHE 3151 Pengajian Puisi Melayu turut dihadiri oleh Sasterawan Negara ke-15, Prof. Datuk Dr. Rahman Shaari, Senator Prof. Datuk Seri Awang Sariyan, Raja Puisi Asia, Roslan Madun, Kopratasa, Sani Sudin dan Dekan FPP, UPM, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar. Pelajar turut sama berkongsi pentas dengan tokoh terkenal dalam bidang Bahasa Melayu.

Tarikh Input: 29/05/2023 | Kemaskini: 29/05/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEUCAs~