PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN KHIDMAT KOMUNITI PELAJAR MASTER PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (3PD/SPADA) KE PUSAT PEMULIHAN DADAH CHARIS YOUTH, SEMENYIH | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN KHIDMAT KOMUNITI PELAJAR MASTER PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (3PD/SPADA) KE PUSAT PEMULIHAN DADAH CHARIS YOUTH, SEMENYIH

PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN KHIDMAT KOMUNITI PELAJAR MASTER PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (3PD/SPADA) KE PUSAT PEMULIHAN DADAH CHARIS YOUTH, SEMENYIH

PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN KHIDMAT KOMUNITI PELAJAR MASTER PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (3PD/SPADA) KE PUSAT PEMULIHAN DADAH CHARIS YOUTH, SEMENYIH
 


SEMENYIH, 16 November 2023 – Seramai 11 orang pelajar Master Program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Tumpuan Pendidikan, Pencegahan & Pemulihan Dadah (3PD) Semester 1 2023/2024 dari Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM telah mengadakan Program Community Based Learning (CBL) iaitu program berasaskan aktiviti Kokurikulum bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan pencegahan dan pemulihan dadah di pusat-pusat pemulihan yang ada di negara ini. Program ini juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mempelajari serta melihat kaedah dalam proses merawat individu yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah di pusat rawatan kerajaan dan swasta.
Sesi CBL ini telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari dan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti mendengar taklimat daripada pengurus Charis Youth, lawatan sekitar pusat pemulihan di mana terdapatnya bilik detoks bagi menempatkan penagih dadah yang baru masuk ke pusat pemulihan ini. Lawatan di sekitar kawasan Charis Youth juga menarik perhatian pelajar-pelajar apabila dibawa mendaki bukit di mana terdapat kawasan penanaman durian dan pokok buahan yang lain.
Pengalaman yang diperoleh pastinya akan memberikan impak yang besar kepada pelajar 3PD dan ianya juga sebagai pendekatan teraputik dalam menyokong klien dalam institusi untuk terus memberi komitmen dalam mengekalkan kepulihan.

Tarikh Input: 30/11/2023 | Kemaskini: 30/11/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
WXCXHAr:07:17