JAMUAN MEGA RAYA FPP | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » JAMUAN MEGA RAYA FPP

JAMUAN MEGA RAYA FPP

SERDANG, 23 April - Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) telah menganjurkan Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 FPP dengan penuh keceriaan pada 23 April 2024 Foyer Blok I, FPP bermula jam 11:00 pagi baru-baru ini.

Majlis yang meriah ini telah dihadiri oleh staf dan pelajar FPP yang mengenakan pakaian tradisional masing-masing sambil menikmati juadan raya yang disediakan. Turut hadir sama, adalah Jawatankuasa Pengurusan Fakulti Pengajian Pendidikan yang memeriahkan sambutan hari raya ini.


Educ Club selaku penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada yang terlibat dan hadir. Dr Shamsulariffin Samsudin selaku President Educ Club berkata, "saya dengan penuh takzim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada semua warga FPP kerana sudi meluangkan masa bersama  meraikan sambutan Aidilfitri dalam suasana muhibah pada tahun ini. Semoga program ini dapat merapatkan ukhwah '

Sambutan raya ini telah dimeriahkan dengan persembahan yang bertemakan hari raya yang dipersembahkan oleh staf FPP.

 

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
S, (05:20:24pm-05:25:24pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]