![]() |
![]() |
13 September 2024, Jumaat, Kelantan - Selayang Pandang Program Peduli Pendidikan Gaya Hidup Hijau 2024 (Green Care 2024) sempena Lawatan Kerja YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), pada 13 dan 14 September 2024 ke Kampung Aril, Melor, Kelantan yang merupakan Kampung Angkat Madani NRES.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
NRES telah bekerjasama dengan Yayasan Hijau Malaysia dan Universiti Putra Malaysia bagi menjayakan tiga siri bengkel perkongsian ilmu dengan komuniti kampung. Ketiga-tiga bengkel ini terdiri daripada Bengkel Inovasi Fabrik Terpakai yang diketuai oleh Puan Rosinar Johari, Bengkel DIY Bekas Tanaman yang diketuai oleh Dr. Nurzatulshima Kamarudin dan Puan Nurul Norzakiah Mohd Nasir serta Bengkel Seni Kreatif Kokodema yang dikendalikan oleh Cik Siti Rahayu Abdul Ghaffar dan Cik Ashana Shafiie. Program Green Care 2024 atau lebih mesra disebut sebagai "Caro Alam" oleh penduduk tempatan ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan.
![]() |
![]() |
Di samping itu, pelbagai aktiviti turut diadakan sempena lawatan KSU antaranya persembahan kebudayaan, senamrobik yang diterajui oleh Puan Rafidah Abdul Rashid dan Puan Zeiti Zulhaini, demonstrasi seni mempertahankan diri Muay Thai, cabutan bertuah, gotong-royong, lawatan ke tapak projek Inspirasi Ketik Siam, Kampung Aril dan lain-lain.
Pihak Jawatankuasa Pelaksana Program Green Care 2024 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada NRES, Yayasan Hijau Malaysia, Jawatankuasa Kampung Aril serta pihak pengurusan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM atas kerjasama, bantuan dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada penduduk setempat ke arah membudayakan amalan gaya hidup yang lestari.
Tarikh Input: 25/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)