Program Mobiliti Pelajar Ke United Kingdom (Interfacing Programme) 2017 | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Program Mobiliti Pelajar Ke United Kingdom (Interfacing Programme) 2017

Program Mobiliti Pelajar Ke United Kingdom (Interfacing Programme) 2017

Program Mobiliti Pelajar Ke United Kingdom (Interfacing Programme) 2017

8 – 22 NOVEMBER 2017 - Naib Canselor UPM, Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris  dalam telah memberikan galakan kepada pelajar agar membuka pandangan seluas mungkin dalam mencari pengalaman di luar negara dalam program mobiliti untuk memperkayakan pengetahuan dan pengalaman.  Perkara ini sejajar dengan usaha UPM yang sentiasa mencorak dimensi baru dalam kalangan pelajar.  Oleh itu, pelajar program BSPSM sewajarnya bertindak sebagai kumpulan pelajar yang proaktif untuk mendepani langkah bagi memenuhi hasrat murni ini. Justeru, pelajar program BSPSM mengambil peluang dan tanggungjawab ini dengan menganjurkan program mobiliti Interfacing Programme Commonwealth Youth Programme, London, Universiti Oxford  dan Universiti Cambridge  di United Kingdom.

 

Program mobiliti ini diadakan dengan objektif yang berikut:

  1. Mendalami kefahaman tentang kurikulum dan falsafah program dalam bidang pembangunan sumber manusia serta pendidikan di Universiti Oxford dan Universiti Cambrigde melalui interaksi dengan kakitangan akademik dan pelajar di universiti tersebut.
  2. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi dinamika dan perubahan dalam pembangunan sumber manusia di United Kingdom.
  3. Meninjau wujudnya peluang-peluang termasuk pertukaran pelajar dan kakitangan, menyambung pengajian dan program internship di universiti tersebut.
  4. Meneliti proses dan sistem sokongan pemantapan program akademik dan belia di United Kingdom melalui aktiviti lawatan ke agensi belia, badan penyelidikan, dan pusat sumber di Sekretariat Commonwealth, Edinburgh International Award.

Tarikh Input: 10/10/2017 | Kemaskini: 10/10/2017 | faisfadly

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
C1574341081