PROGRAM MOBILITI OUTBOUND AGRITOURIST KPSP LET'S FLY | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PROGRAM MOBILITI OUTBOUND AGRITOURIST KPSP LET'S FLY

PROGRAM MOBILITI OUTBOUND AGRITOURIST KPSP LET'S FLY

 

 


Malang, Indonesia, 1-14 Mei 2024 - Kelab Pendidikan Sains Pertanian dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia menganjurkan program mobiliti "Agritourist KPSP Let's Fly"  bertempat di Universitas Negeri Malang dan Universitas Brawijaya, Indonesia. Program mobiliti ini berlangsung dari 1 Mei hingga 14 Mei 2024 yang melibatkan seramai 23 orang pelajar dengan 17 orang pelajar terdiri daripada program Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian FPP, 3 orang pelajar dari Fakulti Sekolah Ekonomi dan Perniagaan (SPE), 2 orang pelajar dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dan 1 orang pelajar dari Fakulti Sains komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Program mobiliti outbound ini diketuai oleh pengarah program, Ahmad Nor Shahmin Ahmad Nor Kamar dan turut diiringi oleh 3 orang pensyarah iaitu Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang dan Ts. Dr. How Shwu Pyng dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. 

 

 

 

Program mobiliti Agritourist KPSP Let's Fly ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan serumpun di antara tiga institusi pengajian tinggi, memperkasa agenda keterjaminan makanan tempatan dan serantau serta pertukaran idea dalam bidang pertanian, kebudayaan, pendidikan dalam mengenal silang budaya negara Malaysia-Indonesia. Hubungan kerjasama rasmi yang terjalin antara institusi pendidikan mampu mengembangkan pengetahuan, nilai dan toleransi pelbagai komuniti dalam kalangan pelajar dalam menongkah cabaran masa hadapan.

 

 

Tarikh Input: 06/05/2024 | Kemaskini: 09/05/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
WXFUBAG~