PROGRAM KOMUNITI @ READING CORNER FPP: KEMAHIRAN MEMBACA
SERDANG, 12 Disember - Program Komuniti @ Reading Corner: Kemahiran Membaca bersama-sama murid Tingkatan 1 Kelas Aliran Agama (KAA) SMK Seri Indah telah diadakan pada hari Selasa, 12 Disember 2023 (Selasa) bermula jam 8:00 pagi - 12:30 tengah hari.
Program ini merupakan kerja kursus amali LHE3105 Pengajaran Kemahiran Membaca di bawah kendalian Dr Halimah Jamil kepada pelajar Kohort Keris Mas Semester 3, Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian (BPBMdK).
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman sebenar kepada bakal guru-guru Bahasa Melayu mengajar khususnya kemahiran membaca. Para pelajar telah mereka bentuk bahan bantu mengajar (BBM) terdiri daripada media digital, bahan maujud, dan aktiviti pengukuhan.
Semoga program ini memberi impak yang besar kepada pelajar Tingkatan 1 Kelas Aliran Agama (KAA) SMK Seri Indah.
Tarikh Input: 30/12/2023 |
Kemaskini: 30/12/2023 | mohdsyafiq
PERKONGSIAN MEDIA