PROGRAM KLINIK PAKAR PERTANIAN BERSEMPENA HARI TERBUKA AGRO BIOTEKNOLOGI | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN educ
» BERITA » PROGRAM KLINIK PAKAR PERTANIAN BERSEMPENA HARI TERBUKA AGRO BIOTEKNOLOGI

PROGRAM KLINIK PAKAR PERTANIAN BERSEMPENA HARI TERBUKA AGRO BIOTEKNOLOGI

Sukacita dimaklumkan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengembangan, Keusahawanan & Pemajuan Profesional (APEEC) akan mengadakan Program Klinik Pakar Pertanian Bersempena Hari Terbuka Agro Bioteknologi Negeri Melaka sebagai salah satu aktiviti pengembangan/khidmat komuniti Universiti dengan UCTC sebagai penggerak.

Program yang dianjurkan bersama Perbadanan Bioteknologi Melaka ini turut disertai PTJ UPM seperti Taman Pertanian Universiti, Fakulti Pertanian, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dan Institut Penyelidikan Produk Halal.

Seluruh warga UPM dijemput bersama memeriahkan program yang diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 4-5 April 2013
Tempat : Perkarangan Bangunan Perbadanan Bioteknologi Melaka, MELAKA

Pelbagai aktiviti yang telah disusun untuk pelbagai golongan masyarakat seperti:

1. Klinik Pakar UPM
2. Forum :Program Motivasi “Jom Masuk IPT”
3. Pemeriksaan Kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti
4. Pertandingan Mengukir Buah-buahan Tempatan
5. Pameran UPM & Agensi Setempat
6. Demonstrasi:

  • Pembiakbakaan Tanaman, Penanaman Cendawan Tiram Kelabu, Fertigasi Tanaman
  • Pemprosesan Jeruk Buah
  • Ikan Air Tawar Salai

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi urusetia program, Encik Basri Bakar (03-89471813) atau Puan Faridah Abdullah (03-89471827)

Sekian, terima kasih.

'BERILMU BERBAKTI'
Hazreen Diana Haris (03-89471816)
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)


PROGRAM PRASISWAZAH


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdsyawal

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (05:42:44pm-05:47:44pm, 09 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]