![]() |
![]() |
Jakarta, 15 Februari 2025 (Sabtu) – Seramai 15 orang pelakar Kelab Pendidikan Sains Rumah Tangga, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat melalui program "Sharing Love, Spreading Hope" yang bertempat di Panti Asuhan Yayasan Esa Sasana Surya, Jakarta Timur, Indonesia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sosial pelajar, kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan kerja berpasukan serta menyemai menyemai sikap prihatin dan nilai-nilai murni. Program ini adalah anjuran bersama dengan Universitas Negeri Jakarta (UNJ) dengan disertai pensyarah UPM, Puan Anis Zakaria, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad serta pensyarah UNJ dan pelajar, alumni UNJ yang lain. Pengarah program, Syafiqah Mubarak Ali, berharap program ini dapat membina jati diri pelajar dengan memupuk semangat keprihatinan dan kasih sayang. Pelbagai aktiviti bersama turut dilakukan bersama anak-anak di panti asuhan bagi menceriakan dan memotivasikan mereka.
| https://www.facebook.com/share/p/15XKQFUpyc/ |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 17/02/2025 | Kemaskini: 17/02/2025 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)