![]() |
![]() |
Riau, Indonesia, 1 Ogos 2024 (Khamis) - Pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian telah menjalankan Program Jaringan Transformasi Ilmu Pertanian Antarabangsa yang bertempat di Masjid Istiqomah BLPP, Riau, Indonesia. Program ini dijalankan secara bersama dengan Perwakilan Masjid Istiqomah iaitu Ibu Indah Pertiwi bersama kariah masjid dan disertai oleh Dr. Normala Ismail, Dr. Riyan Hidayat, dan Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, FPP UPM.
![]() |
![]() |
Penyampaian ilmu pertanian berkaitan pemasuan semula tanaman hiasan disampaikan oleh Dr. Normala dan dibantu oleh 10 orang pelajar dari Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian untuk menjadi pemudahcara sepanjang program berlangsung. Transformasi ilmu ini telah dijalankan dengan berkongsi kaedah pemasuan semula, jenis tanaman hiasan yang bersesuaian, jenis tanah dan pasu serta beberapa perkara lain berkaitan ilmu pemasuan semula. Ia bukan sahaja dapat mencapai objektif penyampaian ilmu tetapi dalam masa yang sama dapat mengindahkan lagi Masjid Istiqomah dengan pokok hiasan.
![]() |
Sepanjang program dijalankan, kariah masjid ini dapat memahami kepentingan membuat pemasuan semula, proses menjalankan pemasuan semula mengikut langkah yang betul dan penggunaan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan dalam menjalankan pemasuan semula. Diharapkan melalui program dan aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada pihak yang terlibat sama ada kepada para pensyarah, kariah Masjid Istiqomah dan pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian yang terlibat.
Tarikh Input: 13/08/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)