Program Ihya’ Ramadan: Free Meal Ramadhan | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Program Ihya’ Ramadan: Free Meal Ramadhan

Program Ihya’ Ramadan: Free Meal Ramadhan



Serdang, 21 Mac 2023 -Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan (FEDSSCO) dengan kerjasama Chapter Yosh telah menganjurkan program Ihya’ Ramadan: Free Meal Ramadhan yang melibatkan edaran 1000 pek bubur lambuk secara pandu lalu kepada pelajar, staf, petugas keselamatan dan mereka yang lalu di hadapan Fakulti Pengajian Pendidikan.

Program telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM dengan dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan dan En. Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni.


Edaran bubur lambuk bermula jam 5:00 petang di hadapan Fakulti Pengajian Pendidikan.

Menurut Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar, “ Program ini juga akan menjadi satu platform kepada pelajar dan staf untuk berkongsi rezeki dengan memupuk sikap bekerjasama antara satu sama lain. Saya percaya ia merupakan inisiatif terbaik yang perlu dicontohi oleh semua pihak bagi mendekati pelajar dan staf selaras dengan konsep Malaysia Madani iaitu bagi melahirkan masyarakat penyayang dan ambil peduli."
 

Tarikh Input: 22/03/2024 | Kemaskini: 22/03/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEPXAs~